Tuesday, 27 March 2018

maglakbay maynila

Assalamualaikum..

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.  (Al-Mulk, 15)

Sejujurnya Manila bukanlah salah satu bandar impian untuk aku jejaki. Tapi peluang yang terbuka membuatkan aku membuka hati untuk mengikut along dan melangkah ke ibu negara Filipina ini.

Ni sedikit pengalaman and tips untuk travel di Manila.

Hari pertama sampai di Manila jam 2 pagi tapi suasananya tak menggambarkan jam 2 pagi seperti di Malaysia. Trafik sesak. Bunyi hon dimerata-rata mmbuatkan aku tergamam seketika. Ok. Orang sini tak tidur ke?

Bahasa utama di Filipina adalah Bahasa Inggeris manakala Tagalog merupakan bahasa kedua. Jadi tak menjadi satu masalah untuk berkomunikasi di sini. Waktu tempatan juga sama saja dengan Malaysia. Cuma yang membezakannya adalah waktu solat.


Hari pertama kami menuju ke Quezon city. Merupakan sebuah bandar bisnes bagi penduduk Manila. Kami memilih Novotel Manila Hotel sebagai tempat penginapan. Bagi aku tahap pengawasan keselamatan di Manila agak terjamin. Kebanyakan hotel atau mall disini memerlukan setiap pengunjung untuk melalui 'scanner' dan beg akan diperiksa sebelum masuk untuk memastikan tiada barang terlarang dibawa masuk.

Bahkan masa mula-mula sampai di Novotel, pengawal pintu bersama anjing pengesan akan memeriksa kami dan beg yang di bawa. Memandangkan aku dan along bertudung, mereka menghormati dengan tidak menyentuh dan mengawal anjing agar berada dijarak selamat dengan kami. Well, thanks for your respect. I really appreciate it.

Dari seni transportation, aku gunakan grab. Senang. Sebab kebanyakan mall and tempat tumpuan Manila ada WiFi. So, tak susah sangat untuk dapatkan line Internet. And lagi satu, sebelum aku lupa, jangan beli simkad kat airport. Dekat pintu nak keluar airport tu ada jual simkad. Tapi mahal ya amattt! Aku ambil keputusan untuk beli kat luar. Kat 7E pn ada jual. Tapi at the end, kami tak beli pun simkad. Survive jugak guna grab. Sebab WiFi merata.

2 hari di Quezon city, kami beralih ke Intramurous. Maka bermula la misi menjejak Jose Rizal, hero rakyat Manila. Kami memilih Best Western Hotel. 
Untuk melawat Intramurous, kami berjalan je dr Fort Santiago, Rizal Shrine, San Augustin church n kawasan sekitar sampai la ke Rizal Park.








Dekat area Intramurous ni ramai je tour guide yg akan offer macam2 pakej. Naik beca, kalesa, jeepneys, pedicab. Macam2 lah. Tapi kena pandai pilih la. And kami pilih berjalan kaki je. Hahaha.. Lagi banyak view and boleh berhenti ambil gambar kat mana-mana je yang kami suka. Sebab bangunan dia semua cantik-cantik and banyak monument yang tak masuk list travel pn. Terpulang. Kalau rasa tak kuat nak jalan, naik je la pedicab ke kalesa ke. Masa dalam perjalanan nak ke Rizal Park, kami hampir sesat sebab tak ada tanda arah pun. Thanks God, ada seorang student I guess, sudi membantu. Kami cuma tanya jalan and kebetulan dia pun nak ke sana. So, dia offer kami jalan dengan dia. Siap tanya kenapa kami nak ke sana. Kami jawab la, just untuk melawat. Dia macam sangat kagum kami tahu pasal dia punya sejarah but at the same time buat muka pelik bila kami nak ke sana. Siap tanya "are you sure want to go to Rizal Park?". And guess what, kat Rizal Park tu korang boleh tengok orang baring di merata-rata tempat. I cannot brain. Siap ada orang yang jual alas untuk baring. Tapi dekat area monument Rizal, kosong. Tak ada orang pun pergi tengok. Patut la budak tu tanya macam tu.

Jeepneys 


Pedicab

Kalesa

Rizal Park 

Dah habis pusing satu Intramurous tu, kami beralih ke Manila Ocean Park. Melintasi jalan dari Rizal Park, akan jumpa Kilometer Zero and jalan sikit sampai la ke situ. Manila Ocean Park ni lebih kurang macam underwater world langkawi la. Cuma yang agak lain, dia ada lebih banyak pilihan. Boleh pegang-pegang dia punya ikan and ada banyak animal show.




Last, tipu la kalau tak shopping kan. Souvenir tu pasti. Ok, jujur cakap susah sikit la nak cari souvenir yang murah-murah kat sini. Kalau area Intramurous macam susah sikit. Kami beli kat Robinson je. Jalan kaki dari hotel. Tak jauh mana. Berhampiran dengan University of Manila. Antara suggestion untuk beli souvenir murah adalah Divisoria Market tapi bila baca review dari orang lain, kami tak jadi pergi ke sana sebab katanya terlalu banyak pick pocket. Agak berbahaya untuk kami perempuan yang hanya berdua. Jadi kami memilih jalan selamat untuk beli di Robinson. Kedai souvenir lain kebanyakannya di Makati. Jauh sikit. Tapi kalau nak beli banyak, berbaloi je untuk pergi. And lagi satu, bagi orang yang gila buku macam aku, buku kat sana sangat-sangat murah. I cannot brain tengok harga buku kat sana. 50-70% lebih murah dari Malaysia. Bayangkan buku Harry Potter original full set yang harga beribu kat Malaysia, yang sangat susah dijumpai, kat sana boleh jual combo,500 ringgit je duit Malaysia. Kalau tak kerana fikirkan tak muat luggage, aku dah beli. And banyak lagi buku-buku kat sana. Sempat juga kami menjenguk ke kedai buku tertua di Manila. Solidaridad.

Setakat ni je kot perkongsian tentang Manila. Cukuplah trip kami 5 hari 4 malam. Last but not least, untuk pengetahuan, airport Manila terbahagi mengikut terminal. Make sure ikut terminal yang betul sebab jarak antara terminal 1,2 ataupun 3 bukan dekat okay. Tak boleh jalan kaki. And untuk masuk, hanya penumpang sahaja dibenarkan masuk. Tiket dan passport memang diperiksa di pintu utama. Orang awam tak dibenarkan masuk.

"Travel through the land and observe how He began creation. Then Allah will produce the final creation. Indeed Allah, over all things, is competent."

Thanks.. 









Wednesday, 21 June 2017

ujian

Assalamualaikum..

Dah lama blog ni dibiar tak berpenghuni. Entah masih ada yang sudi menjenguk atau tidak. Dibiar sepi bagai berhibernasi. Ya, aku berhibernasi mencari makna diri. Berhibernasi mencari kekuatan diri kerana..

Sakit itu hanya aku yang rasa
Pedih itu hanya aku yang punya
Sengaja tidak aku pamer pada sesiapa
Sengaja aku tunjuk kuatnya seorang wanita
Kerna aku tahu
Andai aku bilang pada mereka
Yang aku dapat cuma kata belas ihsan semata
Kemudian mereka hilang bak bayang-bayang bila hilangnya cahaya..

Sakit.
Itu ujian yang Allah beri
Tanda kasih dari Ilahi
Tanda teguran pada yang tidak sedar diri
7 hari terlantar di katil pesakit sudah cukup untuk menegur seorang aku
5 bulan bercuti membuatkan aku cukup serik untuk mengulangnya lagi

Disseminated tb involve lung and gut

Tuhan
Pinjamkan aku sedikit kuasa yang dipanggil kekuatan
Teguhkan aku untuk terus berdiri menghadap ujian
Betapa luluhnya hati seorang wanita bila mendengar berita itu
Betapa hancurnya jiwa seorang perempuan untuk menerima kenyataan itu

Semoga diri ini kuat dan sentiasa kuat.

Wednesday, 17 August 2016

Langkah

Ku atur langkah kaki
Pergi saja mengikut kata hati
Mencari apa yang hilang dalam diri
Melangkah sendiri
Membelah sepi
Membawa jiwa yang tersakiti
Angin bertiup kencang
Garang....
Umpama mengerti hatiku yang keresahan
Kubertanya pada Tuhan
Dimana harus kucari yang namanya ketenangan
Agar aku bisa hidup sama seperti kalian
Langkah kaki membawa aku ke satu jalan
Jalan taubat menuju Tuhan.

Thursday, 12 May 2016

Jejak Islam di Bumi Macau

Terlalu lama tak menulis. Ya.. Semenjak mama pergi blog ni di biar berhabuk.. Maaf sebab terlalu cepat futur. Terlalu lemah dan rebah..

Semenjak itu mengambil keputusan untuk kerap bercuti. Pergi membawa diri. Bermula dari dalam negara dan kemudiannya aku melangkah ke sebuah bumi yang sangat asing dengan Islam..

Macau...

Sebuah tanah negeri China yang pernah suatu ketika ditakluk Portugis sehingga tahun 1999 hingga menyebabkan kebanyakan warganya bercampur antara Cina dan Potugis. Ramai yang tanya, banyak-banyak negara, kenapa Macau? Ya, Macau memang sebuah negara yang bila disebut saja, semua orang membayangkan bangunan-bangunan mewah yang kebanyakannya casino. Negara yang menjadikan casino bisnes utama.

Kadang-kadang, untuk mengajar orang mencintai kita, kita kena kenal dulu siapa dia. Untuk mengajak orang mencintai budaya kita, kita kena kenal dulu budaya mereka. Untuk membawa mereka mengenal Islam, kita mesti lihat dulu pengamalan mereka.



Aku memulakan jejak langkah di airport macau menuju ke hotel Hou Kong terletak berhampiran dengan jalan Rua Das Lorchas. Ya, semua jalan-jalan mereka menggunakan bahasa Portugis. Sampai saja di hotel, perkara yang dibuat adalah mencari arah kiblat. Kompas kiblat adalah barangan yang sangat penting untuk dibawa jika ke negara bukan Islam.

Hari pertama kami berjalan di sekitar Senado Square. Tempat yang seakan-akan dataran dan hanya boleh berjalan kaki dari hotel tempat kami tinggal. Naik bas pun boleh. Untuk pengetahuan, pengangkutan utama rakyat Macau adalah bas.

Dari Senado Square, melangkah ke St Paul. Sebuah monumen yang dulunya gereja namun kini hanya tinggal gerbang pintu semata. Berjalan di sekitar kota, melihat pelbagai kerenah dan budaya.

Dari segi makanan pula, aku akui memang susah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Kami sendiri membawa bekalan makanan dari Malaysia. Tapi susah tak bermaksud tiada. Ada beberapa restoran makanan halal disini. Contoh yang paling dekat dengan hotel kami adalah Lou Lan Islam Restaurant yang terletak di Jalan Travessa De Cinco De Outubro .



Pada hari kedua, kami berjalan-jalan ke mall-mall dan bandar Macau. Memang tidak sah kalau tidak ke City of Dream. Mengunjung ke The Venetian, sebuah mall yang sangat cantik. Tapi yang mencabar sekali adalah untuk mencari tempat solat. Iya lah, bagaimana kamu mahu mencari tempat solat di bangunan casino? Mustahil bukan. Tapi bila kami bertanya pada petugas di sini, mereka tidak kekok menunjukkan kami ruangan yang kosong yang boleh kami gunakan untuk solat. Memang kena pandai-pandai bawa telekung dan alas sendiri lah.

Untuk pengetahuan kalian, walaupun penduduk Islam di Macau adalah golongan yang sangat minoriti, tapi ada wujudnya masjid disini. Ya, satu-satunya masjid di bumi Macau. Masjid yang menjadi tumpuan rakyat Islam Macau untuk berjemaah khususnya pada waktu solat Jumaat.



Sebelum terlupa, waktu di Macau adalah sama saja dengan waktu Malaysia kerana kita sama-sama di garisan khatulistiwa. Mempunyai iklim yang sama dan musim yang sama.

Walupun berada di sana hanya untuk 4 hari, tapi ianya sudah cukup untuk menyentuh aku. Terasa Islam terlalu asing disana. Terasa ingin aku menjerit melaungkan pada mereka tentang apa itu Islam. Hingga membuat aku menanam tekad. Suatu hari nanti, Islam tak lagi asing di bumi sendiri. Makanan halal boleh didapati di mana-mana walau kau pergi ke negeri China. Tempat solat boleh dijumpai walaupun kau menjelajah ke negara Hawaii..

InsyaAllah sama-sama kita usahakan..



Friday, 3 July 2015

Warkah buat mama

Tiada kata yang mampu diluah
Tiada rasa yang mampu kuungkap
Tiada tingkah yang mampu ku buat
Hanya lafaz maaf yang mampu ku ucap
Hadirmu sebagai pinjaman yang paling berharga
Pergimu tanpa ku pinta
Terpaksa kurela dalam deraian air mata
Sampai masanya kau pulang kepada Yang Mencipta
Moga dirimu damai disana
Terima kasih untuk segalanya
Ampunkan aku kerana terlalu mementingkan dunia
Hinggakan perasaanmu terluka
Aku sibuk menjaga kesihatan orang lain
Dirimu terpaksa kubiar dijaga yang lain 
Terkadang aku tertanya
Muliakah tugas yang aku laksanakan
Andai air matamu yang menjadi taruhan
Setiap hari aku menjadi saksi kematian
Tetapi aku tidak mampu berada disisimu saat nafas terakhir kau helakan
Sering saja aku mengajar lafaz syahadah buat pesakitku
Tapi aku tak mampu berada disisimu saat syahadah itu kau lafazkan
Ampunkan aku kerana kekhilafanku ini
Ampunkan aku kerana terlalu leka hingga saat kau pergi
Mama,
Berehatlah
Semoga dirimu damai disana
Sudah terlalu lama kau berpenat didunia
Sudah sampai masanya kau berehat disana
Disisi Pencipta
Doaku sentiasa ada
Moga kita bertemu di syurga..

06 Jun 2015, 09.50PM
Al-fatihah