Friday, 3 July 2015

Warkah buat mama

Tiada kata yang mampu diluah
Tiada rasa yang mampu kuungkap
Tiada tingkah yang mampu ku buat
Hanya lafaz maaf yang mampu ku ucap
Hadirmu sebagai pinjaman yang paling berharga
Pergimu tanpa ku pinta
Terpaksa kurela dalam deraian air mata
Sampai masanya kau pulang kepada Yang Mencipta
Moga dirimu damai disana
Terima kasih untuk segalanya
Ampunkan aku kerana terlalu mementingkan dunia
Hinggakan perasaanmu terluka
Aku sibuk menjaga kesihatan orang lain
Dirimu terpaksa kubiar dijaga yang lain 
Terkadang aku tertanya
Muliakah tugas yang aku laksanakan
Andai air matamu yang menjadi taruhan
Setiap hari aku menjadi saksi kematian
Tetapi aku tidak mampu berada disisimu saat nafas terakhir kau helakan
Sering saja aku mengajar lafaz syahadah buat pesakitku
Tapi aku tak mampu berada disisimu saat syahadah itu kau lafazkan
Ampunkan aku kerana kekhilafanku ini
Ampunkan aku kerana terlalu leka hingga saat kau pergi
Mama,
Berehatlah
Semoga dirimu damai disana
Sudah terlalu lama kau berpenat didunia
Sudah sampai masanya kau berehat disana
Disisi Pencipta
Doaku sentiasa ada
Moga kita bertemu di syurga..

06 Jun 2015, 09.50PM
Al-fatihah

No comments:

Post a Comment