Dimana iman
kita apabila
terlewat
masuk ke kelas lebih membimbangkan
dari solat
yang ditinggalkan?
Dimana iman
kita apabila
kad matrik
kena blok lebih mengharukan
dari
al-Quran yang ditinggal bersama habuk dan debu?
Dimana iman
kita apabila
rasa pilu dan
syahdu apabila PNGS menurun lebih tinggi
berbanding
tahajjud yang sudah terbiasa ditinggalkan?
Dimana iman
kita apabila
semangat
untuk menghabiskan novel lebih teguh
dari menutur sebaris ayat Allah?
Dimana iman
kita
saat hati
lebih sayu mendengar kisah cinta
dari
mendengar berita saudara agama yang dianiaya?
Dimana iman
kita apabila
jejak
langkah ke tempat maksiat lebih pantas
dari
langkah menuju majlis ilmiah?
Dimana iman
kita??
Sesungguhnya
kita alpa, kita leka, kita lupa
Bahawa
hidup di dunia cuma sementara.
No comments:
Post a Comment