tadi tengaj jalan2 kat mall, saya singgah kejap kat sebuah kedai buku ni. bila masuk je mall tu, memang perkara wajib untuk pergi kedai buku tu. biasanye cari novel la kan. tapi, sejak akhir-akhir ni, aku mulai berfikir, tak rasa membazir ke beli semua tu? hurm.. teringat kata-kata sorang sahabat ni dulu
"terkadang kita tak sedar kita sedang melakukan perkara yang berdosa sebab dah terbiasa melakukannya"
jadi, sejak sebulan dua ni, aku mulai mengawal nafsu. mungkin susah kerana itu adalah minat aku, tapi agama itu lebih utama. untuk prevent aku daripada asyik beli novel, aku elakkan masuk kedai tu melainkan ada pape yang nak di beli je. tak pun, jangan pandang novel tu.
tapi tadi...........
aku bersandar di dinding kaca kedai tu, mata aku teralih ke sebuah buku
antologi orang berdosa,
ISLAMKU SEKADAR PADA IC
hati bagai direntap, apa selama ni aku tergolong dalam kalangan ini?
sesampai je aku di kolej, hati bagai dipanggil-panggil untuk membaca buku tadi..baru 10 minit aku mula membaca, hati ini seakan tidak sanggup untuk meneruskannya lagi.. cerpen-cerpen didalam buku tadi merentap hati aku..
alangkah berdosanya aku..
kesusahan itu ujian untuk kita sentiasa ingat padaNya,
kesenangan itu ujian untuk menguji ingatan kita padaNya.
terkadang, kesusahan itu membuat kita sentiasa ingat padaNya dan membawa kita kembali ke jalanNya
tapi..
kesenangan itu selalunya membuat kita futur..
lupa akan tanggungjawab kita.
jihad itu bukan semakin hari semakin senang.
mungkin terkadang kita merasa penat,
tapi ingatlah,
penat itu tak lama
kerana
HIDUP KITA PUN BUKANNYA LAMA...
No comments:
Post a Comment