Saturday, 29 December 2012

cinta manusia vs cinta Allah

 bila cinta kerana Allah,
berpisah tidak gelisah..
bila rindunya kerana Yang Satu,
bertemunya pasti takkan jemu..
ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah keranaNya..
cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis
jika dibandingkan selautan cinta dan kasih sayang Allah..
sekiranya kau kehilangan yang setitis itu,
ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu,
selagi yang selautan itu masih kau miliki...


moga didunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat..
InsyaAllah...

Thursday, 27 December 2012

tahun baru..

tahun baru, azam baru..
seperti tahun sebelum,
ramai yang menanam azam,
tapi berapa ramai yang mampu menunaikan?
ramai yang berubah,
tapi berapa ramai yang ke arah kebaikan?
ayuh sahabat,
bangkitlah kita demi akhirat
berjuang untuk mencapai berkat..
insya-Allah....

Friday, 7 December 2012

jodoh itu ketentuan

duhai hawa...
usah kau risau akan jodohmu..
usah berubah demi adam yang belum tentu milikmu
jodoh itu rahsia Allah

bertahun pun kau mencari, tidak akan kau temui seandainya bukan dengan izin Allah..
bertahun pun kau mencintai, takkan kamu bersatu andai bukan dengan izin Allah..
benar, jodoh itu perlu kau usaha untuk mencarinya
tapi, jangan sampai kau lupa siapa Penentunya..

jangan risau akan jodohmu kerana
tulang rusuk itu tidak akan tertukar dari pemilik sebenarnya..

Sunday, 18 November 2012

di sini, di sana

di sini,
kita makan mengikut nafsu, membazir sesuka hati,
di sana,
mereka bermati-matian mencari sesuap nasi..
di sini, 
telinga dihidang dengan pelbagai muzik hiburan,
di sana,
mendengar suara tangisan menjadi teman..
di sini, 
pemuda-pemudi berseronok dengan alam maya,
di sana,
pemuda pemudi berperang membela agama..


duhai saudaraku,
bangkitlah membela agama..
sedarlah..umur kita bukan seberapa..
mungkin ada yang berkata..
"GAZA bukan negaraku, aku tak perlu menyibuk"
"nak buat ape?bukannya aku boleh bunuh israel pun"
dan macam-macam lagi..
MEMANG!!!
memang kita bukan rakyat Gaza, 
tapi Islam agama kita!!
memang kita tak mampu memikul senjata,
tapi kita mampu berdoa..

ISLAM IS THE BEST!!!
 

Friday, 3 August 2012

salam ramadhan

Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh berbuka.(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)

jadikanlah bulan ramadhan kali ini sebagai pendorong ke arah diri yang lebih baik..manfaatkanlah ramadhan yang berkat ini kerana didalamnya terdapat keberkatan yang tidak ternilai.
pernahkah anda semua terfikir,kenapa semua orang berbicara tentang ramadhan setiap kali kedatangannya..ramai yang berbicara tetapi tidak tahu kanapa sebabnya...

ramai yang sebelum ini tidak pernah bangun malam untuk beribadah tetapi dibulan ini,orang itu mengorbankan tidurnya..ini kerana......

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata : Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang
shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama’ah )


 10 malam terakhirnya,terdapat lailatul qadar...
kejarlah ia wahai sahabatku..sesungguhnya malam itu lebih baik dari 1000 bulan..

ramai pula yang bertadarus al-Quran dibulan yang mulia ini,walaupun sebelum ini mereka itu liat untuk menyentuh al-Quran,ini jua kerana janji Allah...

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. orang yang paling
dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya,
dan Jibril menemuinya pada setiap
malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur'an dan benar-benar
Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan( cepat berbuat kebaikan ) daripada angin
yang dikirim. (HR Al-Bukhary )

oleh itu,ayuhlah sahabatku,kita merebut manfaat yang Allah kurniakan kepada kita ini..sesungguhnya, Allah sentiasa mengampuni hamba-Nya yang memohon kepada Nya....