Saturday, 29 December 2012

cinta manusia vs cinta Allah

 bila cinta kerana Allah,
berpisah tidak gelisah..
bila rindunya kerana Yang Satu,
bertemunya pasti takkan jemu..
ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah keranaNya..
cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis
jika dibandingkan selautan cinta dan kasih sayang Allah..
sekiranya kau kehilangan yang setitis itu,
ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu,
selagi yang selautan itu masih kau miliki...


moga didunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat..
InsyaAllah...

Thursday, 27 December 2012

tahun baru..

tahun baru, azam baru..
seperti tahun sebelum,
ramai yang menanam azam,
tapi berapa ramai yang mampu menunaikan?
ramai yang berubah,
tapi berapa ramai yang ke arah kebaikan?
ayuh sahabat,
bangkitlah kita demi akhirat
berjuang untuk mencapai berkat..
insya-Allah....

Friday, 7 December 2012

jodoh itu ketentuan

duhai hawa...
usah kau risau akan jodohmu..
usah berubah demi adam yang belum tentu milikmu
jodoh itu rahsia Allah

bertahun pun kau mencari, tidak akan kau temui seandainya bukan dengan izin Allah..
bertahun pun kau mencintai, takkan kamu bersatu andai bukan dengan izin Allah..
benar, jodoh itu perlu kau usaha untuk mencarinya
tapi, jangan sampai kau lupa siapa Penentunya..

jangan risau akan jodohmu kerana
tulang rusuk itu tidak akan tertukar dari pemilik sebenarnya..