Sunday, 24 March 2013

merubah diri ke arah kebaikan

setiap orang memang punya kelemahan
tapi
setiap orang itu harus cuba memperbaiki dirinya
kalau taknak pun, jangan sampai menghalang orang yang nak berubah
nak diceritakan, adalah seorang hamba Allah ni
ana bukan nak kata ana baek, 
tapi, ana cuba untuk berubah la kearah kebaikan
tapi..
ada insan yang sentiasa cuba mentertawakan diri ini
bila pakai sarung kaki,
"ko kenape weh??mimpi di siang hari ke hah??"
katanya sambil ketawa..
bila pakai tudung labuh menutup dada,
"ko ase ko alim la pakai tudung macam tu?bajet r weh"
bila puasa sunat,
"kenape ko puase??poyo giler.."
ape semua ni?
ini kah umat islam zaman sekarang??
pada pendapat ana, 
kalau kawan mahu berubah, sokong lah dia
walaupun kita belum terbuka pintu hati untuk berubah
jangan sesekali mematahkan semangatnya
renung-renungkan lah...