Tuesday, 26 November 2013

bicara hati si pendosa




Aku kata “Astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.

Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “Subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “Alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.



Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.




Deras air mata ini hanya Engkau yang tahu,
dan bila menangis,
aku bersendirian, tanpa sesiapa disisi,
di malam yang sunyi,
air mata mengalir laju di pipi.
sendirian, berteleku, bermonolog dari hati,
terus ke Rabbi..

Thursday, 7 November 2013

Di mana kita??

pengaman sanubari


Serius ini bukan lagi klise..
Bila dilihat kemari,
Ditoleh kanan dan kiri..
Sah!!mereka sudah rebah!!!
Seperti kata orang belum melompat sudah jatuh tertonggeng..
Saat ini dimanakah kita semua??
Didepan 'mr. Arrogant' kah??
Sedang 'ketika cinta bertasbih' kah??
Atau sedang menelaah 'cinta ana enti' kah??
Sekali-kali jangan kamu merekrut Islam atas nama nafsu serakah,
Jangan kelak dipanggil pengkhianat agama..

Nukilan 'pengaman sanubari'..

Tuesday, 5 November 2013

Hijrah



Hijrah,
Itu pengorbanan..
Itu perjuangan..
Itu yang membentuk perpaduan..
Saat dimana Ansar dan Muhajirin membentuk persaudaraan..
Hijrah....
Benar,
Buku baru sudah dibuka..
Hiasilah ia dengan amal soleh..
Benar,
Buku lama itu sudah ditutup..
Namun terkadang, kita lupa..
Buku lama itu bukan semuanya sempurna..
Yang lama itu tak semestinya dilupa..
Yang lama itu juga perlu punya penambahbaikannya..
Baikilah selagi kita punya masa..
Duhai saudara,
Jadilah seperti lebah..
Mengambil yang manis sahaja..
Memberi yang manis sahaja..