Siapa kata mahu berubah itu susah?
Siapa kata mahu bertaubat itu payah?
Siapa kata jalan dakwah itu milik ustaz/usatazah?
Siapa kata mahu bertaubat itu payah?
Siapa kata jalan dakwah itu milik ustaz/usatazah?
Sahabatku...
Berubah, bertaubat itu tak susah,
Cuma istiqamah itu yang tak mudah...
Kita dilahir sebagai khalifah
Tugasnya memang untuk berdakwah
Andai diri terasa malas
Jangan dikata tak dapat hidayah
Siapa kita mahu mengukur hidayah Allah?
Berubah, bertaubat itu tak susah,
Cuma istiqamah itu yang tak mudah...
Kita dilahir sebagai khalifah
Tugasnya memang untuk berdakwah
Andai diri terasa malas
Jangan dikata tak dapat hidayah
Siapa kita mahu mengukur hidayah Allah?
Oh...
Kalau bab jodoh, pandai pula kau kata,
'Jodoh itu perlu dicari...'
Jadi kau fikir hidayah itu datang bergolek sendiri?
Sungguh hebat percaturanmu..
Kalau bab jodoh, pandai pula kau kata,
'Jodoh itu perlu dicari...'
Jadi kau fikir hidayah itu datang bergolek sendiri?
Sungguh hebat percaturanmu..
Sahabat,
Andai di hari perbicaraan nanti kau ditanya
Apa usahamu untuk mengatasi masalah ummah??
Apa kau mahu jawab??
'Maaf, saya tak dapat hidayah untuk berdakwah...'
Begitu????
Andai di hari perbicaraan nanti kau ditanya
Apa usahamu untuk mengatasi masalah ummah??
Apa kau mahu jawab??
'Maaf, saya tak dapat hidayah untuk berdakwah...'
Begitu????