Friday, 12 September 2014

connection



"aku rasa macam orang buta hilang tongkat kalau takde internet..."

Astaghfirullahalazim....

Statement yang aku ingat sampai hari ni..statement yang pernah keluar dari peti suara aku sendiri..tapi dulu la..masa zaman jahiliah dulu..well, semua manusia boleh berubah.. termasuk aku, kau dan mereka..KITA..

okay, back to the topic..sekadar perkongsian ringkas dari aku yang cetek lagi kurang ilmu ni.. CONNECTION.. biasa kita dengar pasal internet la kan.. connection internet ni mesti ada limit.. kalau bukan limited data, limited masa..takde nye orang nak bagi kau connection internet free seumur hidup.. bankrap la..

Jadi, kat dunia ni, ada satu je connection yang free.. seumur hidup.. tanpa had data, tanpa had masa, tanpa had kuota atau sebagainya.. semua orang boleh dapatkannya.. secara PERCUMA.. tak perlu bayar apa-apa.. connection kita dengan Allah..

Yang Maha Kaya tak suruh pun kita bayar kalau nak apa-apa sebab Dia tak akan pernah bankrap.. Yang Maha Mendengar tak pernah pun ada had masa untuk connect dengan kita sebab Dia tak pernah tidur.. Yang Maha Penyayang tak tetapkan pun berapa lama connection antara kita dengan Dia sebab Dia sangat sayangkan kita.. cuma kita je yang selalu lupakan Dia..

Nak tau cara nak connect dengan Dia?? 

Doa... 

Doa tu wireless.. connection dia satu universe. anytime, anywhere .. takde masa time line slow ke line xde ke ap.. lafaz je apa yang terbuku di hati.. tak pandai bahasa arab? lafaz je guna bahasa apa sekalipun.. tak perlu google translate.. Dia faham semua bahasa sebab pencipta bahasa itu pun diciptakan oleh Dia.. sebenarnya kalau kamu tak lafaz pun, dia dah tahu dah apa yang kamu nak..

Cuma, terkadang Allah itu rindu akan rintihan dan permohonan dari hambaNya.. hamba yang semakin hanyut dibawa arus dunia.. itu sebabnya kadangkala Dia menghantar ujian.. bukan sebab Dia tak sayang, tapi sebab Dia ingin menyedarkan..

Jadi, InsyaAllah, marilah kita sama- sama menguatkan lagi connection kita dengan Dia.. jangan hanya kencang di maya, biar kita sama kencang di jalanNya.. tepuk dada tanya Iman.. ma'asalamah wa ilalliqa'.. Assalamualaikum..

Saturday, 17 May 2014

dingin malam

pengaman sanubari

Di tengah dingin malam
Bangkit seorang hawa dari lenanya
Bukan kerana terjaga kerana mimpi yang leka
Bukan kerana mahu membaca cerita dunia
Bukan kerana mencari komen dan cerita di alam maya

Bangkitnya seorang hamba
Kerana mencari keberkatan dari Tuhannya
Bersujud di sejadah mencari keredhaanNya
Merintih demi memohon taubat dari Yang Esa

Air mata ini menitis lagi
Namun kali ini bukan lagi kerana cinta duniawi
Bukan lagi kerana insan bergelar lelaki
Bukan lagi kerana sakitnya meniti hari

Hari ini air mata ini menjadi saksi
Rasa rindu seorang ummat kepada seorang Nabi
Rasa berdosa seorang hamba kepada Tuhannya
Rasa sayu menutur ayat-ayat cinta dariNya

Air mata yang menjadi bukti
Bukti taubat seorang hamba
Bukti penyesalan seorang ummat.


Thursday, 20 February 2014

tepuk dada tanya iman..



Tepuk dada, tanya iman..apa aku ini manusia lupa daratan? apa aku ini manusia yang sering lupakan Tuhan? apa aku ini hamba yang tak mengenal erti kesyukuran??

Ujian,
Memang lumrah kehidupan,
Memang makanan setiap insan,
Tapi 
Terkadang aku kecewa dengan gelagat sang manusia,
Terlalu alpa,
Terlalu leka,
Terlalu mudah berburuk sangka,
Bukan sahaja sesama manusia,
Malah terkadang terhadap sang Penciptanya..

Apa kau marah dengan kenyataan yang aku lontarkan itu??

Buktinya,
Saat sekali sahaja kau ditimpa ujian, 
Kau sering saja menyalahkan Tuhan,
Sering saja kau mempersoalkan,

‘Kenapa aku yang diuji sedemikian?’

Terus saja kau lupa akan nikmat yang sudah bertahun Allah kurniakan,
Terus saja kau lupa akan berjuta nikmat yang Allah hulurkan,
Hanya kerana kau ditimpa sebuah ujian..

Padahal, 
Di saat kau ditimpa satu ujian itu, ia disertai berjuta hikmah pada pengakhiran..
Benar bukan??

Apa lagi yang kau mahu nafikan??
Terlalu mudah kau menyalahkan Tuhan..
Kenapa setiap kali kau diberi nikmat, kau terima tanpa ada satu pun persoalan??
Kenapa setiap kali kau punya kelebihan, sering saja kau leka tanpa melafazkan kesyukuran?
Kenapa???
Walau beribu pun alasan kau bagi,
Kenyataannya tetap sama..

Kita manusia yang sering lupa daratan!!!

maaf andai terasa seperti di tembak-tembak, entri ini bukan untuk melemahkan semangat, entri ini bukan untuk menghina perilaku atau menimbulkan riak, tapi sekadar mahu menyedarkan sahabat..

aku menegur bukan kerana aku membenci, tapi kerana aku menyayangi..

Saturday, 8 February 2014

dimana iman kita?



Dimana iman kita apabila
terlewat masuk ke kelas lebih membimbangkan
dari solat yang ditinggalkan?

Dimana iman kita apabila
kad matrik kena blok lebih mengharukan
dari al-Quran yang ditinggal bersama habuk dan debu?

Dimana iman kita apabila
rasa pilu dan syahdu apabila PNGS menurun lebih tinggi
berbanding tahajjud yang sudah terbiasa ditinggalkan?

Dimana iman kita apabila
semangat untuk menghabiskan novel lebih teguh
 dari menutur sebaris ayat Allah?

Dimana iman kita
saat hati lebih sayu mendengar kisah cinta
dari mendengar berita saudara agama yang dianiaya?

Dimana iman kita apabila
jejak langkah ke tempat maksiat lebih pantas
dari langkah menuju majlis ilmiah?

Dimana iman kita??
Sesungguhnya kita alpa, kita leka, kita lupa

Bahawa hidup di dunia cuma sementara.

Saturday, 4 January 2014

anak muda



Anak muda
Kau sering hanyut di buai dunia
Kau sering alpa dengan sandiwara maya
Apa kau lupa??
Dunia ini cuma sementara
Dunia ini penuh dengan tipu daya

Anak muda,
“Kita masih muda, nanti dah tua, taubat lah”
Sering saja telinga ini mendengar falsafah dunia yang kau reka
Apa kau fikir maut itu hanya menjemput yang tua?
Apa kau fikir malaikat maut memilih usia?
Apa kau fikir hidup ini hanya untuk bersuka ria semata-mata?
Terlalu cetek pemikiranmu anak muda
Terlalu enteng tingkah lakumu..

Anak muda,
Bukalah mata, pandang ke sana
Kembalilah pada alam yang nyata
Lupakah kau bahawa kita bakal kembali pada Pencipta
Kita terlalu leka dibuai mimpi dunia
Kembalilah pada fitrah agama
Bersujudlah pada Sang Pencipta
Kerana di situlah sebenarnya tempat seorang hamba