Saturday, 4 January 2014

anak muda



Anak muda
Kau sering hanyut di buai dunia
Kau sering alpa dengan sandiwara maya
Apa kau lupa??
Dunia ini cuma sementara
Dunia ini penuh dengan tipu daya

Anak muda,
“Kita masih muda, nanti dah tua, taubat lah”
Sering saja telinga ini mendengar falsafah dunia yang kau reka
Apa kau fikir maut itu hanya menjemput yang tua?
Apa kau fikir malaikat maut memilih usia?
Apa kau fikir hidup ini hanya untuk bersuka ria semata-mata?
Terlalu cetek pemikiranmu anak muda
Terlalu enteng tingkah lakumu..

Anak muda,
Bukalah mata, pandang ke sana
Kembalilah pada alam yang nyata
Lupakah kau bahawa kita bakal kembali pada Pencipta
Kita terlalu leka dibuai mimpi dunia
Kembalilah pada fitrah agama
Bersujudlah pada Sang Pencipta
Kerana di situlah sebenarnya tempat seorang hamba