Thursday, 20 February 2014

tepuk dada tanya iman..



Tepuk dada, tanya iman..apa aku ini manusia lupa daratan? apa aku ini manusia yang sering lupakan Tuhan? apa aku ini hamba yang tak mengenal erti kesyukuran??

Ujian,
Memang lumrah kehidupan,
Memang makanan setiap insan,
Tapi 
Terkadang aku kecewa dengan gelagat sang manusia,
Terlalu alpa,
Terlalu leka,
Terlalu mudah berburuk sangka,
Bukan sahaja sesama manusia,
Malah terkadang terhadap sang Penciptanya..

Apa kau marah dengan kenyataan yang aku lontarkan itu??

Buktinya,
Saat sekali sahaja kau ditimpa ujian, 
Kau sering saja menyalahkan Tuhan,
Sering saja kau mempersoalkan,

‘Kenapa aku yang diuji sedemikian?’

Terus saja kau lupa akan nikmat yang sudah bertahun Allah kurniakan,
Terus saja kau lupa akan berjuta nikmat yang Allah hulurkan,
Hanya kerana kau ditimpa sebuah ujian..

Padahal, 
Di saat kau ditimpa satu ujian itu, ia disertai berjuta hikmah pada pengakhiran..
Benar bukan??

Apa lagi yang kau mahu nafikan??
Terlalu mudah kau menyalahkan Tuhan..
Kenapa setiap kali kau diberi nikmat, kau terima tanpa ada satu pun persoalan??
Kenapa setiap kali kau punya kelebihan, sering saja kau leka tanpa melafazkan kesyukuran?
Kenapa???
Walau beribu pun alasan kau bagi,
Kenyataannya tetap sama..

Kita manusia yang sering lupa daratan!!!

maaf andai terasa seperti di tembak-tembak, entri ini bukan untuk melemahkan semangat, entri ini bukan untuk menghina perilaku atau menimbulkan riak, tapi sekadar mahu menyedarkan sahabat..

aku menegur bukan kerana aku membenci, tapi kerana aku menyayangi..

Saturday, 8 February 2014

dimana iman kita?



Dimana iman kita apabila
terlewat masuk ke kelas lebih membimbangkan
dari solat yang ditinggalkan?

Dimana iman kita apabila
kad matrik kena blok lebih mengharukan
dari al-Quran yang ditinggal bersama habuk dan debu?

Dimana iman kita apabila
rasa pilu dan syahdu apabila PNGS menurun lebih tinggi
berbanding tahajjud yang sudah terbiasa ditinggalkan?

Dimana iman kita apabila
semangat untuk menghabiskan novel lebih teguh
 dari menutur sebaris ayat Allah?

Dimana iman kita
saat hati lebih sayu mendengar kisah cinta
dari mendengar berita saudara agama yang dianiaya?

Dimana iman kita apabila
jejak langkah ke tempat maksiat lebih pantas
dari langkah menuju majlis ilmiah?

Dimana iman kita??
Sesungguhnya kita alpa, kita leka, kita lupa

Bahawa hidup di dunia cuma sementara.