Saturday, 17 May 2014

dingin malam

pengaman sanubari

Di tengah dingin malam
Bangkit seorang hawa dari lenanya
Bukan kerana terjaga kerana mimpi yang leka
Bukan kerana mahu membaca cerita dunia
Bukan kerana mencari komen dan cerita di alam maya

Bangkitnya seorang hamba
Kerana mencari keberkatan dari Tuhannya
Bersujud di sejadah mencari keredhaanNya
Merintih demi memohon taubat dari Yang Esa

Air mata ini menitis lagi
Namun kali ini bukan lagi kerana cinta duniawi
Bukan lagi kerana insan bergelar lelaki
Bukan lagi kerana sakitnya meniti hari

Hari ini air mata ini menjadi saksi
Rasa rindu seorang ummat kepada seorang Nabi
Rasa berdosa seorang hamba kepada Tuhannya
Rasa sayu menutur ayat-ayat cinta dariNya

Air mata yang menjadi bukti
Bukti taubat seorang hamba
Bukti penyesalan seorang ummat.