Kaki melangkah menyusur sepi
Mencari di mana mentari
Mencari sinar untuk menerangi kelamnya hati
Meraba dalam gelap
Rebah juga tersadung dusta
Termakan juga hasutan si penghuni neraka
Namun ditabahkan jua kaki yang sudah parah itu
Terus melangkah mencari penawar rindu
Rindu yang mencengkam terhadap Dia
Ya..Dia..
Aku relakan sakit yang sementara
Kerana ku yakin hanya dia pemilik bahagia..