~ ♥ ~ Wanita jadilah seperti Pohon Semalu..Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :-
Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).
Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri
dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga : Semalu juga
mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
Keempat : Semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran
dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.. ~ ♥ ~
No comments:
Post a Comment