Tuesday, 28 May 2013

aurat dan gula-gula


Seorang lelaki Non-Muslim bertanya kepada seorang lelaki Muslim

Lelaki Kristian : "Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?"

Lelaki Muslim : Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula dari koceknya. Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusan dan kemudian dia melempar kedua-dua gula-gula itu ke lantai. Lalu bertanya kepada lelaki Kristian, "Antara kedua-duanya mana satu yang akan kamu pilih?"

Lelaki Kristian : "Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan"

Lelaki Muslim : “Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.”

Thursday, 9 May 2013

Istikharah

Aku cuma insan biasa,
Kekadang terkeliru dalam memilih jalan,
Sentiasa memerlukan bantuanMu Ya Tuhan,
Meningkatkan iman untuk mengharungi malam,
Cuba bangun untuk bersujud padaMu,
Mengharap agar mendapat petunjuk dan bantuan..

Ayuh teman,
Jangan sekali kau sombong dan angkuh,
Jangan terlalu yakin dalam memilih,
Takut nanti tersalah pilih,
Kepada Tuhan juga kau merintih..

Saturday, 4 May 2013

fenomena pilihanraya

assalamualaikum..
rasenye semua orang tau sekarang ni musim pilihanraya kan.. PRU13 la katakan..sebenarnya ana tak kisah sangat ngan orang yang duk sibuk berkempen sana sini sebab ana ni nak mengundi pun tak layak lagi..berkempen, biasa la tu..semua penyokong tegar parti duk sibuk berkempen sana sini untuk pancing undi..tapi, ana kecewa bila tengok ada pergaduhan diantara umat islam semata-mata sebab parti..ana sedih bila dengar fitnah berleluasa diantara parti semata-mat untuk meraih undi..

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

duhai umat Muhammad, sedarlah bahawa kita berada di dunia yang sementara..memang, ana akui, memilih pemimpin yang mampu mengendalikan negara mengikut hukum Allah itu penting, memilih pemimpin yang mampu membela nasib rakyat juga penting..namun, tak perlulah kita bertikam lidah, menabur fitnah sehingga memutuskan tali silaturrahim sesama ummah...