Saturday, 4 May 2013

fenomena pilihanraya

assalamualaikum..
rasenye semua orang tau sekarang ni musim pilihanraya kan.. PRU13 la katakan..sebenarnya ana tak kisah sangat ngan orang yang duk sibuk berkempen sana sini sebab ana ni nak mengundi pun tak layak lagi..berkempen, biasa la tu..semua penyokong tegar parti duk sibuk berkempen sana sini untuk pancing undi..tapi, ana kecewa bila tengok ada pergaduhan diantara umat islam semata-mata sebab parti..ana sedih bila dengar fitnah berleluasa diantara parti semata-mat untuk meraih undi..

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

duhai umat Muhammad, sedarlah bahawa kita berada di dunia yang sementara..memang, ana akui, memilih pemimpin yang mampu mengendalikan negara mengikut hukum Allah itu penting, memilih pemimpin yang mampu membela nasib rakyat juga penting..namun, tak perlulah kita bertikam lidah, menabur fitnah sehingga memutuskan tali silaturrahim sesama ummah...

No comments:

Post a Comment