Manusia,
Hidup ini bagaikan roda..
Berputar mengikut kitarannya
Dan memperkenalkan manusia dengan apa itu yang dipanggil keadilan..
Terkadang kita berada diatas,
Gah berdiri di puncak jaya,
Menjulang nama di persada dunia..
Terkadang pula kita berada di bawah,
Dipandang sebelah mata oleh dunia,
Diketepikan umat manusia..
Begitulah dunia..
Mungkin semasa kita diatas, kita lupa siapa yang memberikannya kepada kita..
Dan ramai pula tika dirinya rebah dimata dunia, barulah dia juga turut rebah memohon padaNya..
Terkadang ada yang berkata,
Dunia ini tidak adil..
Barangkali ramai yang terlupa,
Wujudnya akhirat untuk mengadili perkara di dunia..
Walau dimana pun kita,
Walau siapa pun kita,
Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan olehNya...
No comments:
Post a Comment