ketika kami hanya berjuang di papan kekunci dan kata-kata,
kalian turun padang berhadapan dengan bom, senjata dan pemedih mata.
ketika kami marah akan kecederaan Messi,
kalian tercari-cari apa yang terjadi pada Dr Morsi.
ketika kami membincangkan surau yang tiada jemaah,
masjid kalian penuh sehinggakan medan dipenuhi khemah.
ketika kami disini berAidilfitri gah dan meriah,
kalian disana berdiri megah syahid di medan Rabiatul Adawiyah.
ketika
lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit,
masjid, burung,
udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.
ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat,
masjid kalian musnah dibakar si laknat.
ketika isteri disini dipukul suami yang bebal,
anak isteri kalian sisana mati ditembah, dizalimi dan digilis kereta kebal.
Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana;
Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.
bersabarlah duhai pejuang Islam. sesungguhnya bagi syahid, syurgalah ganjarannya.
sedangkan kami disini masih tercari-cari akan jalannya.
No comments:
Post a Comment